Friday 2 December 2011

DEFINISI BAGI DIRI KAMU????







DEFINISI KAWAN..

Dlm berkawan...kita kena ingat...kawan
tu
banyak
definasinya...
Ada kawan yang hadir
umpama
B I S KU T . . .
Sekejap ada...kadang-kadang
menghilang...
Bila rangup...sedap
dimakan...
Bila dah lemau...kita pulak
dibuang...
Ingatlah teman...itu bukan
kawan...tetapi lawan ! ...

Ada juga kawan yang hadirnya
ibarat
SEKAKI
P A Y UN G . . .
Yang setia memberi khidmat tak kira
panas
ataupun hujan...
Ia hadir disaat kita benar-benar
memerlukan...
Melindungi kita dari terik
sang mentari...
Dan memayungi kita dari
kebasahan...
Sentiasa bersama tak kira suka
mahupun duka...
Walaupun adakalanya kita
membiarkannya...
Terperuk sendirian disaat dia
tak
diperlukan...
Dan tanpa rajuk...dia sedia
memaafkan...
Dan sanggup
membantu
k i t a. . .
Ingatlah rakan...itu bukan
k a w an . . .
Tetapi TEMAN...
Teman yang sanggup
berkorban...
Demi sebuah
PERSAHABATAN...

Awk nie...BISKUT ker...SEKAKI
PAYUNG...???
Persahabatan hanya dapat dibeli
dengan
persahabatan,
Seseorang mungkin menguasai orang
lain,
Tetapi dia tidak akan memiliki hati
mereka,
Jikalau dia tidak menjual hatinya terlebih
d a h u l u. .

Friday 8 July 2011

oh pilunya...

my blog,,
Sekarang aku kat stesen kereta api..nenek aku dah nak balik jb..aduhai,,lom puas ag nak manja2 dah nak balik..kalu nak tggu nenek aku balik ,nampaknya nati raya la..
Bulan depan dah nak pose ramadhan, wah perasaan teruja tu mmg nampak sangat sebab ada kesempatan ley pose ngan famili..
Mana taknya, selama 4sem kat uum tak ada kesempatan nak pose kat umah. Tau2 dah nak raya...hi3..

Nenekku jaga diri yea...windu sangat kat nenek..huhu

Saturday 21 May 2011

ibu bkn insan biasa

Mudah lupa. Itu fitrah manusia. Kalau dahulu, tanpa ibu mendodoikan kita, susahnya mata hendak lena. Jika lama emak tidak masak, badan pun boleh jadi kurus sebab rindu dendam dengan masakan emak. Dan kalau boleh, hari-hari kita hendak beritahu – saya sayang emak!
Hari ini apabila tiba Hari Ibu, ada yang cepat-cepat telefon emak. Tidak kurang juga yang sudah awal-awal menyiapkan hadiah istimewa untuknya. Bagi si anak, itulah tanda penghargaan dan kasih buat insan bergelar ibu. Namun, kalau difikir-fikirkan, sudah cukupkah hadiah dan ingatan itu untuk membalas curahan kasih dan ambil beratnya selama ini?
Dan bagi segelintir orang pula, apalah sangat dengan sambutan Hari Ibu. Tidak ingat pun tiada salahnya. Ia cuma sekadar hari. Jika tidak ada orang yang membudayakannya, sudah tentu tidak wujud Hari Ibu.
Benar! Tapi itu bagi yang selalu meletakkan ibu di hati, acap kali telefon dan bertanya khabar, ambil berat tentang makan, minum serta sakitnya. Jadi, kalau dia tidak ambil pusing tentang Hari Ibu pun tidak mengapa sebab baginya setiap hari adalah 'hari ibu' untuk ibunya. Dan bagi yang yang jarang-jarang mengingati ibu, setidak-tidaknya sambutan Hari Ibu setiap tahun boleh berfungsi sebagai 'suis lampu' kepada ruang ingatan kasih dan pengorbanan ibu yang dibiarkan lama bergelap.
Lagi pun Rasulullah SAW sendiri pernah tiga kali menekankan akan keutamaan seorang anak terhadap ibu menerusi sepotong hadis. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah! Siapakah yang paling berhak saya pergauli dengan baik?" Jawab baginda: "Ibumu!" Tanya orang itu: "Sesudah itu siapa?" Jawab baginda, "Ibumu!" Tanyanya lagi: "Kemudian itu siapa lagi?" Jawab baginda: "Ibumu!" Tanyanya lagi: "Siapa lagi?" Jawab baginda: "Kemudian bapamu." (Sahih Bukhari)
Peringatan dari-Nya
Berdasarkan pesanan Rasulullah itu jelaslah sudah bahawa bagi seorang anak, ibu bukan orang biasa yang boleh dilupa, apalagi ditinggal-tinggalkan. Taraf ibu tinggi. Kerana itulah syurga seseorang khususnya anak lelaki dikatakan terletak di telapak kaki seorang ibu. Seandainya dia menderhakai ibu, mampukah dia menjejakkan kaki ke pintu syurga, apatah lagi untuk mencium haruman syurga Allah?
Daripada Anas Malik r.a. katanya: Rasulullah SAW pernah menyebut dosa-dosa besar, atau pernah ditanya orang tentang hal itu. Baginda berkata: "Mempersekutukan Allah, membunuh manusia, durhaka kepada dua orang tua." Setelah itu baginda berkata: "Akan saya beritahukah kepadamu dosa besar yang paling besar?" Baginda melanjutkan: "Perkataan bohong!" Atau beliau berkata: "Kesaksian yang dusta." (Sahih Bukhari).

Monday 16 May 2011

tensionla...


Tension
Ungkapan yang selalu org cakaplah. Tapi tension saya kali ni pasal tak ley jawab exam. Aduh hancur hatiku mengenangkan kertas.huhuhu..susah jugak ek jadi student universiti ni. Masa kat sekolah cikgu selalu citer bila kita masuk universiti nanti suma akan ag senang dari sekolah terutama sekali form 6.
Tapi..
Itu dusta semata-mata..hakikatnya tidak seperti itu.kononnya datang universiti ley pakai apa sahaja, itu lagi mengarut. Tapi tak palah sekarang dah jadi student u pun. Tapi macam ner nak survive kat sini adalah persoalannya.
Selamatlah aku ada famili tercinta,
Selalu support aku tiap masa kadang2x study siap mak yang temankan. Aku kecewa sbb xdapat nak bagi yg sehabis baik untuknya. Tapi aku yakin dengan doanya aku sgt yakin boleh. Tapi still tension ag ni..huhuhuhu

Sunday 15 May 2011

peh....macam ner nak study ni???

mood oh mood...
manalah ko g ni..dah puas aku cari mood tok study tapi still macam ni..duduk,minum,temenung dan last skali tegok blog dan fb..huh penatlah macam ni.
esok exam company law,cakap sal company law huhuhu aku terpikir satu hal.kalu lah aku ni peguam mesti senangkan nak jawab sok. orang kata pejam mata pun boleh..tu kalu peguam, masalahnya sekarang aku student.
oh mak...oh ayah..
harapan yang ko berikan sangat tinggi hingga anak mu ni ini...
rasa macam2x...
mood datang la....jgn uat aku macam ni...








Wednesday 11 May 2011

BILA HATI BERBICARA

kadang-kadang aku terfikir,
adakah setiap manusia ini semuanya sempurna,
memang betul tuhan dah berikan kita semua yang sepatutnya ada,
contohnya mata,telinga,otak dan lain-lain ag tapi ada tak kita pernah menggunakannya kesemuanya,
walaupun kadang-kadang aku pun sama jah terlupa gunakannya,
lalala...
hidup ni sangatlah luas,
aku ingin gapai suma yang aku nak,
aku nak rasa nikmatnya hidup ni,
walaupun kadang-kadang yang datang bukan apa yg kita nak,
dan banyak sangat dugaan tapi aku still harap semoga tuhan kuatkan aku,
kuatkan jiwaku dan kekentalan hatiku,
supaya aku akan lebih matang dan dewasa dalam membuat segala keputusan,
dan berikan kebijaksanaan untuk berfikir..
kepada kawan2 dan rumet,
thanks a lot,
aku syg sgt kat korang,
tanpa korang hidup aku sunyi dan tiadalah kepelbagaian dalam hidupku..
luv u..
muah..muah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...